Saturday, December 20, 2008

Mawi-Ekin Jadi Suami-Isteri

Akhirnya, Mawi dan Ekin dah menjadi suami isteri. Kedua-duanya dijabkabulkan pada 20 Disember 2008 jam 11.45 pagi di Masjid Sultan Abu Bakar.

Artis Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 27 tahun memilih Nora' Asikin Rahmat, 29 juga seorang artis sebagai pasangan hidupnya. Majlis akad nikah disempurnakan oleh imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahad Mohd Said dan ianya berjalan dengan sempurna sekali.

Majlis dimulakan dengan apabila rombongan pengantin perempuan membawa 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.

Ia diikuti rombongan pengantin lelaki yang membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan, alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran cek RHB RM30,000 bertarikh 20-12-08. Mas kahwin mereka ialah RM22.50.

Upacara akad nikah telah disiarkan secara langsung oleh Astro Oasis, iaitu badan penyiaran yang mendapat hak ekslusif ke atas penyiaran majlis pernikahan Mawi dan Ekin.

Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka. Ekin pula berkata iaitu beliau membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun Ekin itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.

Mawi mengatakan yang beliau akan melantik Ekin, isterinya sebagai pengurus dan perunding imejnya. Sementara itu, Ekin pula berkata yang beliau akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan mereka.

Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam 21 Disember 2008 dengan tetamu 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2008 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.


Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

OBOads.com - Advertise your Products for FREE

Sponsor Link
Why Blog? The Purpose of Blogging

1 comment: